Loading...

luqmankamli

Muhamad Luqman Kamli "I'm a man of my word" Honesty is my policy اصلح نفسك يصلح لك الناس "Perbaiki dirimu, nescaya orang lain akan baik padamu"
95 posts
292 followers
281 following

@luqmankamli

Muhamad Luqman Kamli
Ketahuilah bahawa antara sinar iman adalah kebolehan seorang muslim dalam memantapkan ibadah solat. jika mantap ibadah solatnya sudah tentu cantik akhlaknya. jika cantik akhlaknya ketahuilah itu adalah agama islam! (١)قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ(٢) الَّذِينَ هُمْ فِى صَلاَتِهِمْ خَـشِعُونَ(3) وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُّعْرِضُونَ

1. sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
2. iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya
3. dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia

surah al-mu'minoon

#semyunguniversity #solatsenjataislam
6 58 3 weeks ago

@luqmankamli

Muhamad Luqman Kamli
بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ “semoga allah memberi berkah padamu, dan semoga allah memberi berkah atasmu, dan semoga ia mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan.” mudah mudahan 😎
3 57 4 weeks ago

@luqmankamli

Muhamad Luqman Kamli
Masa belajar di bumi sonata dulu, oppa dikurniakan tubuh badan yang sasa dan sihat sepanjang berada di university. hampir menjadi kegilaan setiap department untuk tarik oppa main team bola meraka😆. bila masa berlalu, terasa nikmat yang dikurniakan itu hanyalah sementara dan sukar dicapai untuk masa sekarang.

ada satu doa yang diajarkan oleh guru saya dan saya lihat dia selalu mengamalkan doa ini selepas solat

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ، وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ، وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ

ya allah aku berlindung dengan-mu daripada lenyapnya nikmat yang engkau kurniakan, daripada terjejasnya kesihatan yang engkau kurniakan, daripada bencana yang tak disangka-sangka(mati mengejut), dan dari segala bentuk kemurkaan-mu

semoga kita selepas ini lebih banyak bersyukur dengan nikmat yang ada sekarang dan banyak melakukan amalam mencapai taqwa ilahi

#rinduzamanfit #throwback
8 51 March 2018

@luqmankamli

Muhamad Luqman Kamli
Beberapa minggu lepas mawlana zaharudin ada menceritakan kisah dalam sahih bukhari tentang hadis berkenaan halal dan haram dari nu'man bin bashir "sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. "

alhamdulillah hari ini ustaz abdullah bukhari mengingatkan balik berkenaan hadis ini. jadi marilah sama-sama kita mantapkan iman kita semua dengan ilmu agama yang mantap supaya menjadi orang yang warak!

#barutergadah #tqallah
4 62 March 2018

@luqmankamli

Muhamad Luqman Kamli
Semalam baru sahaja habis saya , ustaz azrul dan team genius solihin mengendalikan kem remaja power dengan ustaz don sebagai penceramah jemputan dan team #kuiscell sebagai consultant program.

mengendalikan program sebegini adalah satu cabang untuk anak muda mencari ilmu dan memantapkan akhlak supaya menjadi lebih baik.

tetapi kami bukanlah ahli sihir yang dapat mengubah serta merta perangai dan sikap setiap orang di kem ini. kem ini hanyalah untuk membawa kembali anak muda ke landasan yang betul.

jadi, jika inginkan akhlak anak yang baik, perlulah dididik di rumah lagi dengan mengajak anak ke surau atau masjid, mengajar anak ilmu agama dan menerapkan akhlak murni.

p/s
kawan saya dari johor pernah pesan, sekarang ramai orang yang boleh mengajar, tetapi tak ramai orang yang boleh mendidik.
nak buka tadika la macam ni😁😁 #onxon #itsnowornever
#timeisticking
4 57 March 2018

@luqmankamli

Muhamad Luqman Kamli
Lama tak main bola dengan childhood friends..soo good to be back with old friends

#childhoodfriends
#since1998
0 55 March 2018

@luqmankamli

Muhamad Luqman Kamli
Biasanya bangunan pencakar langit ini akan terserlah kehebatan kerana ketinggian dan kecantikannya. tetapi kehebatan bangunan pencakar langit ini hebat kerana pasak bangunan yang kukuh dan dalam.

akhlak nabi dan para sahabat pun sama seperti ini. akhlak yang hebat adalah kerana iman dan akidah yang teguh dan mantap membuatkan tersinar kehebatan nabi muhammad saw dan para sahabat

p/s : ulasan tazkirah maghrib dan penambahan sedikit rencah dalam penulisan saya✌

#klcc #peringatan #salamjumaat
3 49 March 2018

@luqmankamli

Muhamad Luqman Kamli
Ni hakim personal consultant saya. beliau mahir dalam bidang percintaan, keagamaan, ekonomi dan kewangan, merancang masa depan dan banyak lagi. beliau adalah pelajar lepasan sekolah agama di johor.
bila luqman dan hakim bergabung, jadilah kuasa yang besar😂

#counselling #cafehipster
4 43 March 2018

@luqmankamli

Muhamad Luqman Kamli
Saya bukan tok kadi😅
saya pemuda yang mencari dan menuntut ilmu

ada satu panggilan sebelum isyak tadi.
makcik : ustaz, saya ada kawan, dia janda 5 orang anak. nak berurusan tentang nikah dengan ustaz di masjid khairiyah.

mana makcik dapat no saya pon saya tak pasti. yang pasti saya memang ada program di masjid khairiyah tapi 17/3 bersama ustaz don program kem remaja power 2.0

terima kasih kerana luangkan masa bersama 😂

#belumustaz #penuntutilmu
7 67 March 2018

@luqmankamli

Muhamad Luqman Kamli
Identiti bangunan masjid/surau adalah islam kerana tempat muslimin dan muslimat beribadah

sudahkah kita menampilkan identiti islam pada diri kita?
adakah islam sekadar bangunan yang tiada isi di dalam dengan orang beribadah?

sudahkah kita menampilkan akhlak yang baik sebagai identiti islam?

saya masih mencuba mencari jemaah yang nak beribadah dalam bangunan saya..huhu

#masjidklia
#masihkosong
2 49 February 2018

@luqmankamli

Muhamad Luqman Kamli
Hati seperti لَبَنًا خَالِصًا

perumpamaan hati yang ikhlas adalah seperti susu yang bersih yang terhasilnya dari perut dimana antara perut itu adalah hampas makanan(najis) dan darah. "ikhlas adalah rahsia antara pemiliknya dan allah semata. ia tidak diketahui oleh malaikat sehingga tidak ada kuasa untuk mencatat. tidak pula diketahui syaitan sehingga tidak ada kuasa merusakkannya. "
kata al-junaid

kita juga tidak akan memberi susu yang kotor untuk diminum oleh orang lain. apatah lagi niat yang tidak ikhlas untuk allah mana mungkin diterima oleh yang maha mengetahui.

وَإِنَّ لَكُمْ فِي الْأَنْعَامِ لَعِبْرَةً ۖ نُسْقِيكُمْ مِمَّا فِي بُطُونِهِ مِنْ بَيْنِ فَرْثٍ وَدَمٍ لَبَنًا خَالِصًا سَائِغًا لِلشَّارِبِينَ

dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya. -sura an-nahl, ayah 66

mlk
20/2/2018

p/s
semoga allah memberkati kehidupan kawan saya yang didalam gambar ni
catatan dari hasil menyelam kalam allah dari banyak sumber rujukan buku. kalau salah tolong tunjukkan😊

#pibeday #chilhoodfriends
#since1998
7 62 February 2018

@luqmankamli

Muhamad Luqman Kamli
Yang berdiri belum tentu tinggi di sisi ilahi, tetapi yang duduk lebih tinggi dari yang berdiri di sisi ilahi.

tinggi ape? tinggi darejat di sisi allah

sebab ape? sebab ada taqwa

sebab taqwa, saudara khalid berdakwah kepada yang bukan islam

sebab taqwa, saudara khalid memasukkan pasangannya dalam agama islam dengan bernikah

taqwa itu dalam maksud lain adalah takut kepada allah.

saya taquad banyak la😂😂😂 terima kasih atas jemputa dan semoga diberkati pertemuan kita kali ini dan pada masa akan datang✌✌✌ #nohbatik #jalanmencariilahi
6 112 February 2018